Isnin, 8 Ogos 2011

Travel Notes part 2

Salam,

Kali ini nak bercakap pasal cara saya dan rakan-rakan membuat perancangan perjalanan ( susah betul nak menggunakan bahasa malaysia sepenuhnya, ianya seperti membaca sebuah karangan )

Perkara pertama :

Beli tiket kapal terbang. Seperti anda semua sedia maklum, laman sesawang ( muahahaha ) Air Asia sentiasa buat jualan murah ( hahahaha, macam nak beli barang dekat Giant, baiklah saya pasrah dengan semangat untuk menggunakan bahasa malaysia yang betul struktur tatabahasa )

Ok, kitorg beli tiket AA dari KL ke London masa sale bulan 10 tahun 2010. Harga return RM19++. Plan asal nak bertolak hari Jumaat dan pulang hari Ahad tapi sebab lambat maka harga yang murah perjalanannya bermula pada hari Isnin 27/6 sehingga Isnin 11/7.

Kalau ada sesiapa yang masih belum pernah terbang dengan AA, disertakan link ke web Kini Sesiapa Pun Boleh Terbang.

Tapi nasib kami agak baik kerana pihak AA telah emel pada hari Jumaat 25/6 sekiranya mahu awalkan penerbangan pada 26/6 ( Ahad ). Terus setujulah! Jadi kami untung satu hari penuh di London.

Nampak tak jarak diantara aktiviti membeli tiket dengan tarikh bertolak. Hampir 9 bulan. Maka selama 9 bulan la berdoa semoga dipermudahkan segala urusan dan excited buat plan. ( kalau ada terbaca pasal gunung berapi meletus kat Ireland or Gempa Bumi di Eropah, hanya Allah sahaja tahu doa yang dibaca selepas solat.hehehe )

Lepas dah beli tiket pergi dan pulang ke Tanah Air, seterusnya ialah pemilihan negara yang ingin dilawati. Setelah beberapa siri perbincangan maka di putuskan lawatan ini akan menjengah ke tiga negara Eropah.

1/ England
2/ Spain
3/ Italy

Kalau diikutkan hati memang nak pergi lagi banyak negara, tapi sebab nak betul2 menjiwai semua city maka hanya tiga negara sahaja yang terpilih.

Perkara Kedua :

Kami bersepkat untuk menggunakan flight untuk ke negara yang terpilih. Salah satu sebab ialah harganya lebih murah berbanding menaiki train. Tapi! perlu ingat kalau naik flight banyak benda nak kena mengadap. nak check-in,tunggu luggage,custom dan segala bagai lagi perkara.

Disebabkan itu, maka tiket flight yang dibeli adalah bertolak pada sebelah malam dan sampai malam kesemua negara. Kalau flight delay or lama urusan di Airport tidak mengganggu jadual perjalanan untuk keesokkan hari.

Syarikat tambang murah yang bertuah itu ialah seperti AA yang diberi nama EasyJet ( EJ ). Syarikat penerbangan murah yang juga sedang meningkat naik. EJ ni pun macam AA la, selalu buat sale and kalau beli awal memang murah. Sila lah ke laman web EJ.

Kami beli tiket EJ bulan Januari 2011 untuk perjalanan bulan Jun/Julai. Masa Sale untuk Summer.Owh, EJ tidak mempunyai no seat, maka haruslah bermain seperti amazing race sedikit untuk beratur menaiki pesawat.

Lepas dah beli tiket flight barulah boleh detailkan lagi jadual perjalanan dan juga proses booking hotel dan beli tiket Train.

Kami memilih untuk menggunakan Train sepanjang berada di Italy. Daripada Milan - Venice - Florence - Pisa - Rom. Percaya atau tidak, harga tiket train adalah sama dengan harga keseluruhan flight EJ untuk ( London - Barcelona, Barcelona - Milan, Rom - London )

Perkara penting untuk membuat pilihan flight ialah :

1/ Masa bertolak dan sampai.
2/ Airport yang mendarat dan bertolak. Kalau Easyjet, Airport dia agak dekat dengan main city berbanding RyanAir. Penting untuk mengambil kira kos dari Airport ke Town or Hotel. Tapi harga RyanAir lagi murah berbanding EJ
3/ Beli pada waktu sale, memang murah dan harga jauh berbeza.

eh itu je yang ingat, nnt kalau ada benda penting yg ingat akan diceritakan pada post yang lain.

0 comments: