Ahad, 12 Oktober 2014

Spring Break 2014 : Good Bye Spring 2014

Day 18 | Tuesday | 13 May 2014

Day 18 : Till we meet again Europe

Sudah sampai ke hari terakhir kami berdua di bumi Eropah. Aduh masih terasa seperti tidak mahu pulang ke tanah air. Tapi apakah daya, masih perlu mencari rezeki untuk teruskan  kehidupan. 

Disebabkan flight pulang jam tiga setengah petang, pagi itu baru siap kemas barang. Alhamdulillah cuaca juga begitu baik sekali. Seperti biasa, makanan yang disediakan oleh tuan rumah sangat sedap. Makan sampai kenyang sebab kami tiada perancangan untuk makan diluar atau di airport nanti #cheapskatesejati.

Nasi goreng daging kambing, telur mata dengan kopi+milo panas,untung duduk rumah orang suka makan kambing ni..hiks

Sebelum meninggalkan rumah penginapan, perlu menggunakan mesin taip ini sebagai tanda ingatan kepada tuan rumah. Guest Book lah gitu konsep. Iyelah, penat Miss A angkut mesin berat ini daripada Budapest sampai ke Delft.

Antara kedai yang terdapat di airport, tempat solat juga disediakan dan selesa nak menunaikan solat walaupun berkongsi dengan lain-lain agama. Tapi itu tidak menjadi satu masalah pun. Siap pekerja airport buat solat jemaah lagi.

#istanbultungguakudatang

Selamat tinggal langit Eropah, In sha Allah kita akan berjumpa lagi

Masuk ke dalam pesawat, terus pasang headphone sambung layan movie yang tergantung masa datang hari tu. Kitorg dah siap plan dah nak tengok cerita apa sampai lebam atas flight. Penerbangan Amsterdam-Dubai berjalan lancar dan layanan Emirates memang sangat bagus. Nora bagi 5 bintang!

Sampai di Dubai terus cari surau nak solat dan berehat melunjur kaki. Agak ramai orang dekat dalam surau sebab ada penerbangan transit untuk ke Mekah. Ramai orang berpakaian ihram. Owh rindu nak pergi Umrah. Semoga dapat menjadi tetamu Allah lagi di masa hadapan. Ameen.

Lapar pula, kami melepak di Paul, dan mengambil keputusan untuk membeli belah di airport disebabkan duit riyal tidak digunakan langsung, masih ada 100 riyal untuk dihabiskan. Shopping coklat je lah senang. Misi nak gemukkan diri ini memang tidak perlu fikir lama-lama, terus je laju shopping.

Habis pusing, tawaf semua dalam airport kami duduk juga akhirnya di kawasan menunggu untuk penerbangan ke Kuala Lumpur.

Alhamdulillah, penerbangan kami tidak penuh. Makanya terus pindah duduk tiga seat sorang. Memang tidak ramai orang, boleh la nak pilih nak tidur baring dekat mana. Layanan pun best, siap datang dekat kita tanya samaada nak air or jus ke tak. Punya kosong sampai diorg pun boring kot.Penerbangan selamat sampai di Kuala Lumpur pada jam tiga lebih petang. 

Maka berakhirlah sudah catatan perjalanan bunga-bunga 2014 di bumi Eropah. Fuh, berjaya siapkan dalam tahun yang sama. Haha, satu pencapaian yang boleh dibanggakan. Terima kasih juga kepada yang sudi membaca dan berkunjung ke blog ini. Sekiranya ada pertanyaan atau info yang lebih detail diperlukan boleh la terus email saya ye. #rindutravel200persen
Location: Amsterdam, The Netherlands

3 comments:

Jari Manis berkata...

18 hari berkelana di bumi erophah akhirnya sampai penghujung ye Dayah... wahh..rindu travel 200% tu hehehe

bilabudakkampungtravel berkata...

Mesti sedih kan bila habis journey. Pastu sibuk berangan untuk next pulak. Anyway, Thanks untuk update journey. Aku menanti setiap satunya

hidayahrodhi berkata...

JM,
Hiks, berjaya siap juga akhirnya!

BK,
Tq sebab sudi membaca catatan perjalanan. Semoga bermanafaat. Part sibuk berangan utk next trip tu mmg tidak disangkal lagi.Hehe