Ahad, 25 Oktober 2015

Into The Balkans : Albania

Asssalamualaikum and Greetings!



Negara bekas komunis ini baru juga membuka pintu kepada orang luar kalau nak dibandingkan dengan negara-negara di benua eropah yang lain. Kedudukan geografi yang bersempadan dengan bekas negara Yugoslavia menjadikan ianya juga terkena sedikit tempias dengan perang yang berlaku dirantau ini. Semasa pemerintahan terakhir era komunis, Enver Hoxha banyak masjid, gereja dan juga rumah ibadat dimusnahkan. Dengan slogan yang beliau gunakan : Albania, world's first atheist sate

Transportation 

Daripada Budva ke Tirana kami menggunakan perkhidmatan hostel. Sampai terus dekat main square Tirana. Jalan kaki saja untuk sampai ke hostel, 35 Euro seorang. Perjalanan paling lama sepanjang kami berkelana. Hampir lima jam jugak. Di border pun lama berhenti dekat satu jam. Tapi permandangan yang cantik kiri kanan so tidak lah terasa bosan macam perjalanan PLUS daripada KL ke JB. Disebabkan masa pun tak banyak nak explore jauh-jauh, kami jalan kaki sahaja dalam bandar Tirana. Untuk ke airport kami menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh hostel. Senang dan mudah sebab masing-masing dah malas nak angkut beg. huhu. Tambang yang dikenakan 20 Euro untuk tiga orang.

View sepanjang jalan

Accommodation

Tirana : Freddy Hostel
Harga : 13 euro per person, skali dengan breakfast.

Lokasi hostel amatlah dekat sahaja dengan main square. Bersih dan puas hati dengan service diorg. Siap ada orang tolong angkatkan beg. Breakfast pun banyak jenis roti, buah, yogurt dan veges. Memang puas hati. Bilik pun luas, siap ada 4 katil single lagi. Internet pun laju. Berbaloi sangat dengan harga yang ditawarkan.

Dalam perjalanan untuk ke kedai makan

Makan

Hanya dua kali makan sahaja dekat bandar Tirana ni. Lunch dengan dinner. Yang pasti harga makanan dekat Tirana ini sungguh murah berbanding dengan negara lain yang dilawati. Harga ice cream pun tersangat lah murah. Total kami belanja makan 600 lek (lunch+dinner+mineral water+icecream)

Sedap!


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selesai info-info penting nak dikongsikan sepanjang perjalanan kami di bumi Balkan. Sungguh terasa sekali perbezaan dari segi perbelanjaan, pengangkutan awam dan juga masalah bahasa. Namun, apa yang pasti trip kali ketiga saya ke Benua Eropah amatlah sungguh bermakna. Banyak pengalaman dan pengajaran yang diperolehi sepanjang 18 hari kami menjelajah.

Masalah betul bila dah banyak gambar dalam camera nak susun dan pilih untuk dimasukkan dalam blog. Gambar dalam HP je digunakan untuk post sebelum ini. Maka peristiwa perjalanan setiap hari akan menyusul, Insha Allah (semoga diberi kerajinan nak memilih gambar). Semoga apa yang telah dikongsikan stakat ini dapat membantu perancangan kawan-kawan travel yang lain. Till then, bai.

Location: Albania

0 comments: