Ahad, 11 Oktober 2015

Into The Balkans : Slovenia

Assalamualaikum and Greetings!



Point of entry into the former Yugoslavia. Airport negara ini terletak dikawasan pergunungan. Cantik betul backdrop airport. Masa mendarat terus cari camera nak snap gambar. Jakun kejap tengok gunung ganang belakang airport.

First time mendarat di lapangan terbang yang berlatar belakang cantik

Transportation

Kami menggunakan perkhidmatan bus dan van sepanjang berada disini. Bila sampai airport boleh terus keluar dan bergerak ke sebelah kanan, lintas jalan akan nampak kawasan menunggu bus untuk ke Ljubljana, Kranj, Lake Bled.

Keluar airport terus ke kanan

Hostel kami terletak di Kranj, jadi harga tiket daripada Airport ke Kranj : 1.80 Euro. Sebab dekat saja kami tak letak pun beg dekat bawah bus, bawak naik atas lagipun bus memang tidak penuh. Bus ke Ljubljana je yang penuh. Untuk destinasi di sekitar Slovenia boleh ke laman web Bus In Slovenia. Taip je nama tempat nak pergi, nanti keluarkan schedule skali dengan harga tiket.

Time table untuk bus pun ada dipaparkan di setiap bus stop. Jadi tidak perlu risau. Senang je nak faham jadual dia. Apa maksud yang masa yang ada underline apa maksud masa yang ada huruf S dekat hujung. Semuanya ada diletakkan dalam jadual tu.

Tempat tunggu bus untuk ke Ljubjlana/Kranj/LakeBled

Tiket kami beli walk in je, sama jugak dengan tiket daripada Ljubljana ke Zagreb. Tapi tiket ini agak cepat habis, masa kami beli ada empat je lagi tempat kosong dalam bus ikut masa yang kami nak. Kalau lambat sikit kena la ambik bus yang lebih lambat.

Bus :
Airport to Kranj : 1.80 Euro
Kranj to Lake Bled : 3.60 Euro, 7.20 Euro (return)
Kranj to Ljubljana : 3.60 Euro
Ljubljana to Zagreb : 12.00 Euro

Van :
Lake Bled to Vintgar Gorge : 8.00 Euro (return)

Plan asal nak berbasikal daripada Lake Bled ke Vintgar Gorge. Namun kita hanya merangcang Tuhan menentukan. Kekangan masa menjadi musuh utama. Plus kami terlajak menikmati keindahan alam di puncak bukit di Lake Bled. Lepak picnic yang agak lama lepas turun mendaki pun ye jugok. Tapi bila sampai Vintgar Gorge macam nak gelakkan diri sendiri pun ada jugak. Nak berbasikal konon, naik turun bukit kot jalan. Ada yang tolak je basikal tu nanti.

Luggage store :
Ljubjlana Bus Station : 2.10 Euro (seorang)
Bus to Zagreb : 1.00 Euro

Total perbelanjaan untuk transportation : 35.70 Euro

Accomodation

Kranj : Cukrarna Guest House
Harga : 92 Euro + 6 Euro ( city tax untuk 3 org, untuk dua malam) = 98 Euro bilik bertiga @ 15 Euro pp satu malam

Kami booked di booking.com dan harga adalah termasuk skali dengan breakfast. Yang best dekat sini, kita dapat guna dapur 24 jam. Laundry pun boleh buat dengan free. Setiap floor ada satu toilet. Perlu share. kalau tak nak share, ada juga bilik yang ensuite. Kami ambik bilik yang share toilet. Tidak menjadi masalah sebabnya, kami mandi awal pagi lepas subuh then balik hostel lepas magrib. Tak pernah lagi ada orang lain bila nak mandi tu.

Kawasan tempat makan, dekat luar tu best juga nak makan disitu tapi kena tunggu tiada orang smoking. 

Pintu masuk Hostel

Lokasi hostel pun, jalan kaki dalam 10 minit sampai la main bus station. Dekat belakang bus station ada satu kedai kebab halal. Wohoo! tapi kami tak beli pun dekat kedai sini sebabnya kami masak dan bawak bekal picnic dekat Lake Bled dan tapau breakfast untuk makan dekat Ljubljana.

Fees & Passes

Kami memang plan tak nak masuk Castle. Kerana kekangan masa pun ye jugak. Jadinya hanya fees untuk masuk ke Vintgar Gorge sahaja iaitu : 4.00 Euro

Makan

Shopping makanan : 6 Euro @ 2 Euro seorang
Harga Mineral Water dengan Roti : 1.60 Euro seorang
Ice Cream : 2.00 Euro

Disebabkan kami masak untuk dua hari, breakfast pun makan dekat hostel. Tapau roti, buah dan yogurt daripada hostel untuk snack. Jadi jumlah perbelanjaan makanan untuk tiga hari di Slovenia ialah : 5.6 Euro

Next update : Hello Croatia!

Location: Slovenia

0 comments: