Jumaat, 13 November 2015

Into The Balkans : Istanbul Archaeology Museum

Assalamualaikum and Marhaba!

5 fakta berkaitan Istanbul Archaeology Museum
1/ Pengasas museum ini merupakan seorang archeologist dan juga seorang pelukis, bernama Osman Hamdi pada tahun 1891.
2/ Dikenali sebagai Imperial Museum pada mula-mula dibuka
3/ Kompleks museum ini sekarang terbahagi kepada tiga bahagian utama :
  i/ Archeological Museum (bangunan utama)
 ii/ Museum of the Ancient Orient
 iii/ Museum of Islamic Art
4/ Lokasi museum merupakan sebahagian daripada Topkapi Palace
5/ Koleksi museum ini dikatakan hampir berjumlah satu million koleksi daripada pelbagai era tamadun manusia

Info penting
Dibuka untuk lawatan pada jam 9.00 pagi sehingga jam 5.00 petang
Kaunter tiket tutup pada jam 4 petang
Dibuka setiap hari
Harga tiket masuk adalah 15 TL @ Museum Pass 85 TL ( for 3 days)

Antara bahan pameran yang diletakkan di luar bangunan museum

Kebanyakan patung yang dipamerkan semua pun headless 




Kami hanya ada lebih kurang sejam sebelum bergerak ke hotel semula. Makanya lawatan ke sini memang laju bebenor jalannya. Tak sempat nak hadam. Tapi kami lama dekat section bermulanya kerajaan Ottoman di Istanbul. Maklumlah, sebelum datang baca dalam buku, bila dah sampai sana ada la beberapa bukti dekat dalam museum ini.

The Great Chain. Selama 400 tahun ia berjaya mengawal laluan masuk ke Golden Horn sejak pembinaannya pada sekitar tahun 1000CE. Menjadikan Constantinople satu kuasa yang amat sukar untuk ditawan pada era tersebut.

Lakaran menunjukkan tentera Sultan Al Fatih membawa kapal melalui bukit Galata untuk memasuki Golden Horn dan seterusnya berjaya menawan Constantinople.

Location: Istanbul, İstanbul, Turkey

0 comments: