Jumaat, 25 Disember 2015

Into The Balkans : 800 metres of Hope

Assalamualaikum and Zdravo!

Tunel Of Hope Sarajevo, walaupun bersaiz kecil namun merupakan satu tempat yang penting untuk warga Sarajevo semasa perang. Terletak dikawasan yang berdekatan dengan lapangan terbang, merupakan satu-satunya jalan keluar masuk bekalan makanan dan keperluan kepada penduduk.

Mula dibina secara rahsia pada 1 mac 1993. Nedzad Brankovic seorang jurutera awam merupakan orang yang penting dalam pembinaan terowong ini. Berketinggian 1.5 meter serta kelebaran averange hanya 1 meter. Siap pada 30 Jun 1993 dimana terowong ini berjumpa dibahagian tengah. Selain penduduk setempat, terowong ini juga digunakan oleh askar UN.

Terletak dikawasan perkampungan


Di bahagian dalam


Peta menunjukkan bandar Sarajevo yang dikepung oleh tentera Serb



Cara barang-barang diangkut didalam terowong



Manusia bila berada didalam keadaan terdesak, perkara yang mustahil untuk dilakukan akan berjaya dilaksanakan walaupun tanpa alat/barang binaan moden. As long as we have the determination and HOPE! 


Location: Sarajevo, Bosnia and Herzegovina

0 comments: