Rabu, 20 Januari 2016

An Evening in Tirana


Assalamualaikum dan Përshëndetje!

Sepetang di Ibu Negara Albania


Macam-macam articles boleh baca dekat internet pasal bangunan ini. Tapi yang pastinya selepas perang Kosovo bangunan ini memang seperti dibiarkan begitu sahaja selepas mendapat bantahan orang ramai untuk dirodohkan.

Bell of Peace "A Symbolic Reminder of the Past"



Bangunan disekitar 


Hiasan dalaman masjid ini sangat cantik. Memang wajib singgah disini kalau sampai Tirana.

Kawasan solat

Ada seorang atuk yang jaga masjid ini, beria suruh kami naik duduk ke bahagian atas (tempat solat wanita). Lepas turun, bersungguh dia tunjuk gambar-gambar disekitar kawasan masjid. Walaupun tak faham satu apa yang dia cakap, kami iyakan aja. Ada satu tu, Masjid Biru di Istanbul. Terus kami tunjuk gambar kami dekat depan Masjid Biru, terus dia ..waaaa masha Allah! masha Allah. Mulanya nak masukkan duit dalam tabung masjid, tapi sebab atuk ni sangat baik, kami sedekah duit terus kepada dia. Atuk yang dimaksudkan itu yang tengah duduk paling hujung sekali dalam gambar diatas.

Lepas kami keluar daripada masjid, kami terus ke sebelah kanan masjid untuk mencari souvenir. Info daripada internet saja kami rujuk dan ikut langkah kaki. Alhamdulillah kami berjaya jumpa gerai-gerai souvenir yang dimaksudkan. Selesai beli apa yang patut, kami kembali semula ke main square untuk menghabiskan masa dengan aktitivi people watching 


Monument yang dijumpai semasa dalam perjalanan ke gerai souvenir


Pandangan hadapan Palace of Culture

Nun megah ditengah-tengah padang, Skanderbeg Monument


Sebelum pulang, kami singgah sebuah kedai untuk beli makan malam dan ice cream. Harga makanan memang paling murah yang kami beli semasa travel kali ini. Balik bilik, kemas beg esok lepas breakfast pihak hotel akan hantar ke airport. 

Location: Tirana, Albania

0 comments: