Khamis, 8 Disember 2016

Spring Summer @ New Zealand : Pengenalan

Assalamualaikum dan Hello semua!

Alhamdulillah, setelah hampir 1 tahun 2 bulan tidak keluar negara akhirnya pada 17 Nov 2016 terbang jugak ke Sydney  dan New Zealand. Tiket Syd-Kul-Syd tu pun beli mau dekat setahun jarak perjalanan. Demi pelaburan duit yang menguntungkan katanya. Lepas beli tak sampai 3 bulan, AA buka semula route ke NZ, kahkahkahkah!

Ahli Rombongan
Asalnya rombongan akan disertai oleh 7 orang ahli. 6 orang ahli tu memang the usual suspek lah, kawan-kawan daripada sekolah senibina. Ahli baru adalah kawan kepada Mr R.

Tapi kesudahkan yang pergi adalah 4 orang sahaja. Ms N tarik diri sebab Jodoh dah sampai. En suami tak benarkan join. Tapi diinform awal so dptlah tukar hotel kepada 6 orang. Then seminggu sebelum pergi Mr.R inform dia ada court case penting perlu selesai, owh Mr R ni seorang lawyer. Bos dia tak luluskan cuti, tapi dia cakap dia akan bayar semua fees yang dah dibooking.

Yang paling sedih, Ms K dah sampai KLIA pagi Khamis 17 Nov 2016 tetiba dapat call daripada kampung Ayah dia meninggal dunia. Tapi syukur jugak sebab belum fly ke Sydney (SYD). Maka ahli rombongan jadilah empat orang. #se7entofour

Tarikh Perjalanan
Sebenarnya drama untuk trip ini bermula masa kejadian beli tiket lagi. Kami split 2 booking sebab time sale AA tu nak cepat dapat booking. Mr I beli untuk 4 orang, Ms A beli untuk 3 orang. Nak dijadikan drama, Mr I salah beli date tiket ke Syd, iaitu awal sehari daripada plan asal. Maka perjalanan percutian terus jadi team A dan team B.

Kami memilih musim summer untuk percutian kali ini, atau lebih tepat penghujung spring dan early summer. Sebabnya nak tengok bunga lupins dekat NZ katanya.

Team A : 17/11 - 4/12/2016
Team B : 18/11 - 4/12/2016

Tiket Flight
Seperti yang diceritakan perjalanan kami daripada KUL perlu transit terlebih dahulu ke SYD. Kemudian menerusi perbincangan, kami sepakat untuk terus ke NZ sahaja daripada airport SYD. Balik lepas jelajah NZ baru kita jalan-jalan SYD.

Daripada SYD ke Christchurch (CHC) kami menggunakan perkhidmatan Jetstar. Beli tiket dalam 5-6 bulan sebelum tarikh perjalanan. Daripada Queenstown ke Auckland pun kami guna Jetstar. Jetstar ni tiap-tiap minggu setiap Friday dia akan buat sale. Just setkan alert dkt website diorg untuk tarikh perjalanan, nnt bila dpt email rasa murah terus je beli.

Daripada Auckland kami menggunakan AirNZ untuk sampai ke SYD. Pengalaman kami, tak boleh nak check in sebab nama tak sama dengan passport. Nasib sampai awal dekat airport. Bila pergi dekat pegawai bertugas, dia tengok passport Malaysia je, dia faham dah kenapa tak boleh nak check in dekat kiosk, sbb perkataan 'bin' dan 'binti'. Dia pesan, lain kali kalau booking dekat given name tu letak skali dengan 'bin' or 'binti'.

Harga tiket penerbangan :
KUL-SYD-KUL : RM  778.00 ( tanpa luggage and makan)
SYD-CHC : RM 692.64
QT - AUC : RM 270.13
AUC -SYD : RM 580.81

Lepak breakfast dekat cafe ni sementara nak check in flight to CHC

Sambil membaca apa yang menarik di SYD

Pokok Krismas di musim panas

Setelah habis drama mendebarkan di SYD Airport, syukur dapat terbang dengan aman


TOTAL : RM 2,278.58 seorang
Untuk luggage dan makan kami tambah bila dah nak dekat pergi bercuti.

Jadual Perancangan Perjalanan

11 malam di South Island ( CHC-Lake Takepo-Twizel-Dunedin-Te Anau-Wanaka-QT)
 2 malam di North Island ( Matamata -Rotorua )
 2 malam di Sydney

Hotel/Hostel/Motel/Apartment 
Hanya hostel dekat QT sahaja kami direct dengan website hostel. Yang lain kami guna booking.com saja. Senang nak booking senang nak cancel. Disebabkan pengurangan ahli daripada tujuh orang kepada 6 orang, ada beberapa booking yang dibuat tak boleh cancel, jadinya Ms N cakap dia akan bayar. Untuk kes penarikkan diri daripada Mr R dan Ms K, diorg pun cakap akan bayar.

Hanya hotel dekat Dunedin sahaja sempat pinda apartment untuk empat orang. Yang lain terpaksa lah duduk apartment besar untuk empat orang. Ada juga satu dua apartment dia kurangkan daripada harga asal. Alhamdulillah.

Secara total kos untuk penginapan bagi trip kali ini adalah : RM 1669.35 seorang.

Demi penjimatan, tido airport saja malam pertama dibumi NZ

Kereta Sewa
Bab kereta pun samalah nasib memang tak boleh tukar dan kalau nak tukar macam kira new booking bla bla bla. Jadinya kami naik estima untuk empat orang! Kos kereta kami bahagi enam orang juga dan semua pun dipersetujui. Syukur.

Sewa kereta di North Island : Lucky RM868.50
Dia punya drama nak ambik kereta masa dekat AUC ni sampai dua jam kami tunggu dekat airport! memang hampeh pengurusan Lucky ni bila nak kena ambik kereta after office hours. Ini adalah kata-kata petugas rental car yang syarikat Lucky tumpang perkhidmatan selepas habis waktu bekerja. Dia cakap bukan sekali tapi dah banyak kali jadi macam kes kami ni.

Bawak lah kereta dalam kegelapan malam daripada Auckland ke Matamata. Agak cuak jugak lah sebab jalan sunyi sepi, selisih dengan kereta pun boleh kira berapa kereta je. Lampu jalan memang tak ada la kalau luar bandar ni. Tapi langit sangat cantik! Bintang penuh.

Sewa kereta di South Island : Jucy RM2870.33
Memang terbaik perkhidmatan. Siap driver dapat naik cruise Milford Sound free kalau ambik cruise under diorg. Haruslah ambik.

Jumlah sewa kereta yang perlu dibayar RM 623.14 untuk seorang. (dibahagi kepada 6 orang)

Minyak kereta
Kereta estima naik empat orang dengan perjalanan daripada utara selatan timur barat. Haruslah pasrah bila kira total semuanya kan. RM 401.31 seorang kena bayar untuk harga minyak sepanjang di NZ.

Jumlah keseluruhan kereta sewa dan minyak untuk seorang RM 1024.45

Fees
Mildford Sound + Gondola di Queenstown + Hobbiton : RM 461.50 seorang

Shopping Keperluan Makanan
Pasaraya Paknsave, Countdown, New World dan Fresh Choice menjadi tumpuan setiap kali kami perlu menambah stok barangan basah untuk masak. Kalau nak beli chocolate pun akan jadi tempat tujuan jugak lah pasaraya-pasaraya yang disebut.

Dekat Queenstown pun baru je bukak PaknSave bulan November 2016. Dekat pulak dengan Countdown, senang. Lepas beli resit PaknSave dan New World jangan buat, nanti isi minyak dekat station minyak yang terpilih tunjuk resit dapat diskaun.

Kami cuba je nasib isi minyak dekat QT, tunjuk resit New World yang shopping dekat Wanaka, walaupun dah tamat tempoh tiga hari lepas tapi rezeki dapat jugak diskaun. Syukur.

Jumlah perbelanjaan untuk makanan termasuk shopping barang dapur, ayam, ikan, kambing, makan fish n chip, minum hot choc, makan ice cream semua lah hal-hal makanan ni berjumlah RM 437.26 untuk seorang.

Perbelanjaan semasa di SYD
Disebabkan hanya ada sehari penuh sahaja kami di SYD, maka kami tak pergi pun jalan-jalan ke luar daripada SYD. Hanya jalan didalam kawasan bandar sahaja. Kad OPAL pulak, kami beli dekat aunty Chinese daripada Malaysia yang jumpa time breakfast dekat hostel. Dia jual 3 keping kad Opal yang masih ada baki AUD7.50 dengan harga AUD5.00. Lagi satu kad kami beli dekat convinence store dengan harga AUD10.00.

Daripada Airport ke Hostel naik taxi sebab tak larat nak angkut beg. Kena AUD 72.71, tapi bila balik ke airport hari Ahad tu, jalan lengang sebab masih pagi hari hanya kena AUD 39.50.

Makanan kami makan Nandos dekat airport, makan seafood dekat Fish Market dengan makan Kebab. Breakfast jimat sebab hostel dah sediakan dah.

Jumlah keseluruhan perbelanjaan dekat SYD RM 307.55 untuk seorang.

NOTA :
kos yang dipaparkan tidak termasuk perbelanjaan sendiri untuk beli souvenir masing-masing.

2 comments:

Fatin Days berkata...

Gmba cantik & clear!

http://www.fatindays.com

Hidayah Rodhi berkata...

Fatin,
TQ, guna hp je, Huaweip9