Khamis, 12 Januari 2017

Spring Summer @ New Zealand : Perbelanjaan Membeli Belah

Assalamualaikum dan Hello Twenty Seventeen

Antara info yang kurang diperolehi sebelum ke New Zealand adalah anggaran kos untuk belanja barang dapur untuk masak memasak. Tapi anggaran ni pun ikut masing-masing punya selera jugak lah kan. Kalau jenis memang kena makan nasi berlauk setiap hari sepanjang travel lain la pulak budget dia dengan jenis yang ala asal boleh makan bedal je mana ada kan.

Jadinya post ni nak bagitau lah total cost yang kami habiskan setiap kali berkunjung ke pasaraya-pasaraya di bumi kiwi ni.

Christchurch : PaknSave 

Jumlah pelaburan kami disini NZD 44.02

Lake Tekapo : Freshchoice

Mahal harga dekat sini. Tak beli pun, tengok saja

Te Anau : Freshchoice

Hasil pelaburan disini NZD 42.10. 
Seronok sebab jumpa ayam halal dekat sini

Wanaka : New World

Sini habis duit NZD 36.45

Air wajib beli setiap kali singgah pasaraya

Simpan resit ni, nak isi minyak dapat diskaun

Queenstown : PaknSave

Sebab esok dah nak bergerak ke Auckland, jadinya tak banyak barang masak yang kami beli. 
Tapi.....

Banyak borong benda lain...ini untuk diri sendiri punya perbelanjaan

Kalau nak beli cekelat pun, beli dekat pasaraya-pasaraya diatas saja. Kami beli je dekat semua tempat yang singgah bila tengok ada promo yang menarik. Ini salah satu contoh hasil diri sendiri beli di ParknSave Queenstown yang baru dibuka pada November 2016.

Baru bukak pasaraya ini. Sebelah tapak ada Pasaraya Countdown

Tak ramai manusia

Halal


Till then. Bai

Nota : tak pasti bila akan habis cerita pasal trip ini sebab sangat tersangat busy sekarang ini. Kalau ada pembaca blog yang perlu maklumat detail pasal trip ke NZ boleh la email. Nnt saya share dekat googledrive je itinerary kami.
Location: New Zealand

2 comments:

sabrina berkata...

salam,,
Sorry ganggu Cik.. boleh ke nak minta contoh itinerary New Zealand yang Cik pergi hari tu? Kami nak pergi April insyaAllah.
Email saya sabrina.zawawi@gmail.com.

Thank you so much :)

Hidayah Rodhi berkata...

Sabrina,

Done!