Ahad, 11 Mac 2018

Nagoya City in less than 24 hours

Assalamualaikum and hello semuanya.

| 25 November 2017 |
Nagoya merupakan bandar pertama yang kami jejaki dalam kembara menjelajah bumi matahari terbit. Sampai awal pagi, selesai urusan imigration terus naik train ala2 ERL ke Nagoya Station. Waktu  ni suhu boleh tahan sejuk sebab berangin. 

Sampai sana saja, terus kami pergi tukar JR Pass dan booking seat untuk kegunaan sepanjang percutian kali ni. Setel semua, gerak ke tempat penginapan untuk satu malam. Urusan checkin pun senang. Selesai semuanya kami terus keluar nak menjelajah bandar Nagoya ni.

Tempat pertama kami singgah, masjid yang terdapat berhampiran dengan kawasan hostel. Nak kata berhampiran tu tak dak la hampir sangat, dalam 20 minit jugak la jalan. Tapi ok je jalan-jalan dekat kawasan perumahan orang Jepun. Cute2 rumah diorg ni. Singgah 7e on the way ke sana. Sampai masjid terus solat. Lepas tu lapar. Keluar jalan beberapa langkah jumpa kedai halal. Alhamdulillah selesai satu bab.

Minuman wajib beli di pagi hari. Sedap ya ampun!

Di depan kedai makanan halal itu. Mr.&Mrs.E

Lepas makan, kami naik metro ke kawasan Nagoya Castle. Tapi tak masuk dalam pun. Jalan-jalan dekat taman luar tu je. Teruja la juga sebab dah nampak warna warni dedaun.


Autumn


Tak ramai sangat manusia dekat area sini

Tetiba dah sampai Keukenhof

Sunyi aman damai dan sejuk!

Tugu sapa pun tak tau sbb tulisan bahasa jepun saja ada

Lepas habis sesi bergambar dekat sini, naik bus ke Planetarium. Bila sampai sini, dah mula gelap. Magrib jam 4.30 lebih macam tu. Memang tak dapat nak explore dengan ada cahaya matahari, ditambah pulak suhu yang makin sejuk. Apa lagi, kami terus naik metro pulang ke hostel. Letih dan penat perjalanan daripda KUL transit di HCM then baru ke Nagoya belum habis.

Naik bus,habaq dekat driver nak pergi Planetarium nnt dia akan stop dan inform bila dah sampai.


Sampai sini sudah hapir malam, kejap je pun sebab sejuk teramat

Balik hostel, mandi manda then makan dekat dapur. Makan roti dengan serunding. Borak dengan dua orang lelaki Jepun. Sembang dah lama, baru tau salah sorang tu pemilik hostel. Patutlah ramah dia lain macam sket. Dah travel hampir 80 buah negara dah mamat ni. Kagum!

Begitulah kisah penjelajahan kami di bandar Nagoya ni. Esok pagi bermulalah perjalanan menuju ke Takayama dengan menggunakan JR Pass.
Location: Nagoya, Aichi Prefecture, Japan

0 comments: