About Me

Assalamualaikum and Hello!

" Travelling - it leaves you speechless then turns you into a storyteller - Ibn Battuta "

Blog travel ini diwujudkan setelah mendapat pelbagai persoalan dan pertanyaan daripada kawan-kawan dan juga sanak saudara setiap kali pulang daripada bercuti. Jadi untuk memudahkan perkongsian info dan pengalaman maka terhasillah blog Passport to the World.

The World

Sejak kecil kami (saya dan adik beradik) telah 'dilatih' untuk melihat peta dunia melalui encyclopedia dan world map yang digantung di dinding rumah oleh ibu dan ayah. Selalunya aktiviti berlumba mencari dimana terletaknya sesebuah negara adalah semasa temasya sukan. Berebut-rebut adik beradik cari nama negara bila nama-nama negara yang menyertai sukan keluar membuat pembarisan masa hari perasmian atau semasa sesi penganugerahan pemenang pingat. Terasa puas hati kalau dapat jumpa dulu dimanakah terletaknya negara-negara tersebut. Atau semasa mendengar berita, perasaan untuk mengetahui dimana terletaknya negara tersebut peta dunia yang tergantung itulah menjadi rujukan. Masih segar dalam ingatan semasa perang yang berlaku di Bosnia. Kedudukan negara itu di peta dunia terus terpahat dalam ingatan dan menjadi salah sebuah negara yang perlu dijejaki suatu hari ini. Aku perlu sampai kesini suatu hari nanti. Janji didalam hati seorang budak kecil.

Budak Kecil

Impian budak kecil ini bertambah dan semakin menebal setelah enam tahun menjadi children of architecture di sekolah senibina. Kalau masa subjek History of Architecture atau subjek History of Modern Architecture atau Urban Planning, selalunya ayat yang akan keluar daripada mulut pensyarah...when i was in New York...bla bla bla atau architect, must travel! atau semasa crit design, you know in Sweden, this building..bla bla bla

Mana tidak teruja nak pergi menjelajah dunia kalau enam tahun asyik dengar pensyarah bercerita!

The first Passport

Semasa berumur 4 tahun (sekiranya tidak silap) ke luar negara bersama keluarga ke negara asal sebelah ayah, Singapore. Lawatan ke Singapura ini sudah menjadi kebiasaan sejak itu. Kenduri kawen, kenduri kawen eh kenduri kawen lagi. Gitulah gayanya. Tapi sejak masuk ke sekolah senibina di selatan tanah air, barulah pengalaman ke Singapura telah bertukar kepada lawatan sambil belajar melihat senibina dan urban planning. Sepanjang enam tahun, setiap semester mesti jejakkan kaki ke sana.

About me

Dilahirkan di Penang dan membesar di sana. Menamatkan pengajian sekolah menengah di utara, Perlis kemudian melanjutkan pengajian di selatan, Johor selama 6 tahun dalam bidang Senibina dan sekarang menetap di Kuala Lumpur demi rezeki untuk bekalan menjelajah dunia. Namun Penang tetap dihatiku, oh my kampung!

Semoga, info dan penulisan yang tidak seberapa ini dapat dijadikan rujukan dan memberi manafaat kepada semua yang membaca atau 'terjumpa' blog Passport to the World.

Terima kasih kerana sudi membaca! =)

6 comments:

ASTraveller berkata...

salam kenal :)

hidayahrodhi berkata...

AkuSeorangTraveler,

Hai! =)

Hanis Amanina berkata...

Salam kenal juga :)

The first moment I found my passion to explore the world when I watched a video on how Muslims spread Islam during all those empires. Love to know your travel history as well. A thing for me to ponder, I've been travelling a lot in Europe, but sadly to say I haven't been to Singapore, our neighbor. T_T

hanisamanina.com

hidayahrodhi berkata...

Hanis,

Salam kenal =), thanks for dropping by. Singapore is my 2nd hometown, but looking at the currency today mcm tak boleh nak balik selalu dah la..pokai!

Ainatul Amin berkata...

Terus jatuh cinta dgn blog ni ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜—

hidayahrodhi berkata...

Mardhiah,
Auww, tq sudi baca catatan perjalanan di blog ni.