Jumaat, 24 Mac 2017

Sprimg Summer @ New Zealand : The Remarkables

Assalamualaikum and Hello!

Hari last di South Island, kami terjah The Remarkables. Alhamdulilah cuaca pun sangat cantik hari ni. Tak puas rasanya explore south island ni. Terutamanya aktiviti hiking yang tak dapat kami buat langsung dekat sini. Mungkin ada rezeki nanti. Insha Allah, Ameen.



Memang layan lepak dekat sini. Siap dapat tengok flight mendarat and take off, kecik je nampak kapal terbang tu.

View ni dibahagian lain yang tidak mengadap bandar Queenstown

Keadaan jalan di The Remarkables

Inilah flight kami untuk ke Auckland

Bye bye The Remarkables

Bye bye South Island

Rabu, 22 Mac 2017

Spring Summer @ New Zealand : Kawarau River

Assalamualaikum and Hi!

Cerita kali ini adalah sekitar kawasan Kawarau Bungy Centre. Sorang saja pun ahli travel yang nak buat bungy ni, tapi demi semangat sepasukan, kami turut serta habiskan masa disini. Cantik kawasan ni, kalau tak nak buat bungy pun, ok saja nak lepak dekat sini sekejap.

Jom masuk bangunan cool ni!

Masuk dalam je, kagum tengok design bangunan nih. 
Memang menaikkan rasa keterujaan nak explore

Smart betul dia blendkan steel,wood dengan concrete 

Bila keluar dekat viewing deck, inilah pemandangan bangunan daripada tepi.

Terus nampak tempat kejadian

Selain bungy ada juga zipline kalau nak buat dekat sini

Sungai Kawarau yang cantik, kaler dia pun menarik

Kiri kanan cantik pemandangan

Bangunan ni sangat blend dengan sekitar dia, daripada sini tak berapa nak nampak sangat macam ada bangunan tu, well done Mr Arkitek!

Sementara tunggu giliran tu, lepak minum kopi kejap

Isnin, 20 Mac 2017

Spring Summer @ New Zealand : Glenorchy & Paradise

Assalamualaikum and Hi!

Pagi ini tempat yang bakal diterjah adalah Glenorchy dan Paradise. Alhamdulillah cuaca pagi itu sungguh cerah dekat Queenstown. Dalam perjalan ke sana singgah la beberapa tempat cantik nak ambik gambar. Kalau layan perasaan ni, memang lambat la nak sampai tempat tujuan, sebabnya asyik nak berhenti je kerja. Tapi kami pun tak de lah rushing sangat pun, santai-santai enjoy the moment gitu.

Singgah sekejap dekat Closeburn

Sampai sudah kawasan wajib ambik gambar dekat Glenorchy

Gambaq harus ambik dekat sini


Ni lah kawan seperjuangan, kalau ada orang minta tlg ambik gambaq, semua pun akan tolong bagi arahan demi nak dapatkan gambaq yang cantik. Siap ambik payung tolong pegangkan sebab makcik tu letak je payung dekat depan dia.



Tiba-tiba cuaca jadi suram. 

Nasib la cuaca hari ini sekejap je suram, lepas tu cerah balik. Kami lepak santai picnic dekat sini makan lunch. Lama jugalah jalan-jalan dekat area ni. Then kami pun bergerak ke Paradise. Tenang betul kawasan ni. Hanya kami je yang ada masa sampai tu. Sunyi sepi, terasa dunia kami yang punya.

Masa sampai kawasan sunyi ni, cuaca kembali suram




Till Jannah!

Jumaat, 17 Mac 2017

Spring Summer @ New Zealand : Queenstown

Assalamualaikum and Hello!

Post kali ini nak cerita sikit pasal suasana dekat bandar Queenstown ni. Sepanjang roadtrip dekat South Island ni, paling banyak kami berinteraksi dengan orang adalah di Queenstown. Duduk pun dekat hostel kan, haruslah jumpa ramai orang. Ada daripada Argentina, ada daripada England, ada daripada mana tah lagi negara dekat Europe tu, owh daripada Malaysia pun ada juga selain group kami.

Disebabkan jarak perjalanan daripada hostel ke town ni boleh jalan kaki saja, senang la kami ulang alik pergi town. Jalan-jalan santai dekat dalam pekan ni.



Tak berapa nak meriah macam dekat negara lain, mungkin rakyat NZ ni lebih suka buat aktiviti lain yang lebih berfaedah untuk menunjukkan kasih sayang antara pasangan. 
Panjat bukit bersama, mungkin.

Dah sampai dekat sini, jangan lupa masuk kedai ice cream sedap, Patagonia Chocolates


Dekat kawasan ini, boleh la beli barang-barang nak buat hadiah dekat kawan-kawan, sanak-saudara




Kedai cookies famous dekat sini, ceria betul kedai ni.



Suasana di malam hari

Rabu, 15 Mac 2017

Spring Summer @ New Zealand : Day Ten to Day Twelve

Assalamualaikum dan Hello!

28 November 2016

Kami mulakan hari ini dengan perjalanan menuju ke Glenorchy. Rasanya dah banyak dah orang cerita pasal tempat ni kan. Jadinya malas nak cerita panjang lebar. (malas nak karang pun ye jugak!). Kami memang santai-santai je aktiviti dekat Queenstown ni. Keluar hostel pun tak awal pagi sangat. Rileks gitew sebabnya ada tiga malam dekat sini.

Lepak sini, baca buku, tulis catitan, makan breakfast, sembang-sembang dengan kawan-kawan baru. Semuanya berlaku dimeja ni lah. Kalau bangun awal pagi memang kita je ada dekat sini. Orang puteh yang lain syok dok tidoq lagik.


Nak view lagi best, lepak dekat bahagian luar dekat beranda dia, view lagi saujana mata memandang. Tahan tak tahan sejuk ja nak lepak makan lama-lama dekat sini. hiks

Perjalanan menuju ke Glenorchy

Cuaca hari itu memang cerah sungguh. Masa ni sunburn tah tiada maap dah. Pasrah je lah tengok muka bila bukak tudung, macam pakai mask.


Pokok bunga di Glenorchy

Balik daripada Glenorchy, kami singgah jalan-jalan Queenstown sekejap sebab semalam tak pergi jengok lagi town dia. Masuk la segala kedai-kedai. Beli apa yang patut nak dibawak balik.

29 November 2016

Aktiviti hari ini adalah ke Kawarau Bungy. Ada teman seperjuangan nak buat terjunan macam Pandalela katanya. Siap gugel tengok videolah nak tiru gaya. Sebagai kawan yang setia, yang lain bersorak bagi semangat ditepi. Janji bahagia.

Mampu ambik gambaq ja, mahai sungguh laaaa

Kawasan and bangunan dia memang cool!

Balik daripada tempat ni, kami singgah ParknSave nak beli cekelat habuan nak bawak balik. Lepas tu balik hostel lepak kejap, petang sikit jalan kaki ke Queenstown lagik. Malam last dekat south island ni kira memang santai habis lah.

30 November 2016

Pagi hari last ni, kami ada lagi masa nak explore sebelum flight ke Auckland daripada Queenstown Airport. Jadinya, kami plan terus ke kawasan The Remarkables yang hari-hari mengadap masa duduk tiga malam di Queenstown ni.

Masa kami sampai dikaki gunung tu, memang tak satu pun kereta yang ada. Makin tinggi pemandangan memang makin cun, cumanya makin scary jalan dia. Last-last kami berhenti tepi jalan, panjat sikit bukit layan ambik gambaq dekat situ je. Kebetulan ada sepasang pelancong tengah dok ambik gambaq dekat situ. Meriahkan keadaan.


Turun daripada situ, kami pergi cari makanan dan masuk lagi ke ParknSave sebab ada orang tu dok kira tak cukup lagi nak bagi kawan-kawan adik-beradik. Layankan aje sebabnya memang lama lagi flight ke Auckland pun.

Babai South Island!



View sepanjang perjalanan memang superb!