Selasa, 31 Januari 2017

Spring Summer @ New Zealand : Moreaki Builders & Tunnel Beach

Assalamulaikum and Hello eveyone!

Salah satu pengalaman yang memang tak dapat dilupakan oleh semua ahli rombongan adalah pada hari ini. Pengalaman ngeri sepanjang dok p berjalan dinegara orang ni. Cerita dia macam ni.

Bila sampai dekat persimpangan nak masuk ke Moreaki Builders, kami terlepas ke hadapan. Jadinya kami pun patahlah balik ke jalan yang benar. Bila dan sampai simpang tu berhenti lah kan nak masuk simpang. Depan kami ada satu kereta. Dekat simpang daripada Moreaki Builders pulak, ada satu kereta nak keluar. Dua orang, pemandu dengan penumpang. 

Saya ni tengah rancak sembang dengan kawan-kawan dekat belakang..tiba-tiba dengar pemandu Mr.I cakap,..Allah kenapa dia keluar jugak! Terus pandang depan, depan mata nampak kereta yang nak keluar simpang tu kena hentam dengan kereta yang datang daripada arah berlawanan daripada kami. Orang dalam kereta tu nampak la terhuyung hayang, kereta dia terus langgar kereta depan kami dah seret ke sebelah tepi agak jauh jugak nak sampai ke tepi jalan.

Kami satu kereta jerit, nasib baik jarak antara kereta kami dengan kereta depan tu jauh. Sempat jugak Mr.I undurkan kereta cepat-cepat and kereta belakang kami pun jarak jauh. Lepas tu blur tak tau nak buat apa. Then nampak minyak dok tumpah keluar daripada kereta yang kena langgar tu.

Dah ada dua tiga orang daripada kereta belakang kami lari ke depan nak tengok apa jadi. Kami berempat macam masih terkejut, then Mr. I terus bawak kereta masuk ke simpang Moreaki Builders dan park kereta dekat tepi sebelah kanan (ada tempat kosong agak luas dekat situ).

Kami duduk dalam kereta, tak keluar membantu sebab memang dah ramai orang tolong. Tak sampai 5 minit, sebuah ambulan datang. Then satu lagi datang, then 2 kereta bomba datang. Semua berjalan dengan pantas. Sangat bagus depa punya kawalan bila berlaku kemalangan. Kami duduk dalam kereta dalam 30 minit jugak. Nak hilangkan terkejut satu hal, nak tau juga apa nasib pemandu dan penumpang tu. Sebab kereta yang melanggar diorg dua-dua penumpang ok. Depa keluar daripada kereta and  tolong cuba nak keluarkan mangsa. Kereta depan kami pun pakcik sorg tu nampak ok jugak. Dia pun siap tolong jugak. Tapi memang tak berjaya nak keluarkan mangsa bila bomba datang baru dapat bukak pintu kereta. Bab ni mmg nak cakap satu je, I Love you Abg Bomba satu dunia.

Bila dah ok, tengok keadaan semua dah terkawal elok, kami pun dah ok kami teruskan lah perjalanan ke tempat tujuan asal.

Pengajaran dia, kalau bawak kereta tak kira dimana pun pastikan jarak kita dengan kereta dihadapan tidak terlalu dekat. Dan kalau nak keluar simpang pastikan pandang kiri,pandang kanan, pandang kiri balik. Sekian. Jom tengok gambar kami dekat Moreaki Builders.

Lalu menuju ke pantai

Ayaq tengah surut, dapatlah jalan dekat dengan batu-batu ni

Yang dah pecah





Kalau tak dak batu-batuan ni, cantik lagi pantai dekat Malaysia..hihihi

Kemudian perjalanan diteruskan ke bandar Dunedin. Kami terus ke hotel dulu, sebab plan nak basuh baju dulu. Sampai je hotel terus setelkan apa yang patut. Mr I terus gugel pasal kemalangan tadi, kami diberitakan pemandu kereta meninggal dunia di tempat kejadian manakala penumpang masih dalam keadaan kritikal di hospital Dunedin yang dibawak dengan heli. Allah, insaf betul. 

Kami meneruskan misi seterusnya pada hari ini. Nasibla summer kan, jam 6.30 petang kami baru keluar rumah. Sampai sana tanpa membuang masa terus turun laju ke bawah.











Ayaq pasang pulak, jadinya tak dapat nak jalan-jalan dekat pantai. 
Duduk dekat kawasan berbatu-batu saja

Moh lah balik. Magrib sudah

Selamat Malam Dunedin

Location: Dunedin, New Zealand

0 comments: